Wednesday, September 26, 2012

Keperluan atau Kehendak

Kereta
Since a very young age, aku mmg minat giler dgn kereta.. bukan keretapi ke, kereta kebal ke, lori, bas mahupun pesawat, yang aku minat cuma KERETA... jgn tanya sebab apa kerena ku jua tidak mengerti mengapa.. hehe

Sebab minat yang mendalam kat kereta jugaklah aku belajar sungguh-sungguh... asalnya sebab nak beli kereta ferrari tapi bile dah besar nih, rs dpt FERRAVI (ferrari + myvi) pun ok dah.

Tapi dalam hati ni,stil duk ada perasan berontak nak beli BMW 325I laaa, BMW 523I laa, C230 CGI laa, S40 Sport laaa, GTR laa, LEXUS laa dan lain-lain... Nak kata tak mampu, rsnya 2x trip 2 bulan pegi Jepun dah boleh cover beli those model yg 2nd hand punya...

Disebabkan jiwa ni berontak sgt, so nak mengubat hati, aku beli jela scale model dulu sementara tunggu nak bg mampu...

Jam Tangan
Masa aku darjah 5, ada budak baru dr k.l mai masuk kelas aku.. dah nama budak k.l, sure la bergaya dan kaya... time tuh budak sekolah yg lain pakai jam doremon la, power rangers la tak pun g-shock tiruan... yg mamat nih pulak selambe je tyg jam BVLGARI yg original punya.. punyala smart jam dia sampai aku bercita-cita nak pakai jam lagi best dr diaunya...

So nak jadik cerita, smpai skrg aku duk beli jam banyak-banyak... Rasa puas! Walaupun bukan jam mahal pun, tapi kepuasan tetap ade. So far jam aku yg boleh pakai ade 13utas.. 5,6 utas lagi dah jadi tukun dah... tangan cuma ada 2, jadi mustahil la boleh pakai semua...

Isteri
Setiap lelaki normal pasti ingin berteman... yang betul-betul normal pastinya mahukan teman wanita, bukan teman lelaki... namun yg jelas disudut hati adalah pasti mahu memiliki isteri....

Namun, nak beristeri bukan mudah skrg ni... kalau ikut agama, cukup syarat, ada mas kawin, ada wali, kadi, saksi, pengantin lelaki, pengantin perempuan, akad dh boleh kawin dah.. Tapi adat menjadikannya lebih sukar....

Adakah adat itu keperluan atau hanya kehendak?

No comments: