Ramadhan 2011, aku sambutnya ketika berada di Osaka... Ramadhan 2012 pula aku sebahagiannya aku sambut ketika berada di Seoul... Pertama kali sambut ramadhan di perantauan tahun lepas, mmg buat aku rasa janggal... malah menambah rindu yang membuak-buak kepada keluarga.. Tapi di sebalik kejanggalan itu, terbit rasa seronok...hehe
Jadi untuk tahun 2012, aku mmg sudah merancang utk menyambut sebahagian ramadhan di luar negara, dan di sebabkan aku suka makanan Korea, so aku terus rancang untuk menyambut sebahagian ramadhan di South Korea...
 |
| Di Seoul, South Korea |
Di sebalik menyambut ramadhan di luar negara, ramadhan tahun ini aku agak kurang menerima jemputan berbuka di hotel-hotel atau restoran mewah.. membuatkan aku rasa sedikit janggal.... Tapi aku tetap berpuas hati dapat berbuka beramai-ramai bersama rakan-rakan, dan rakan sekerja... cuma aku terkilan kerana tak dapat menghadirkan diri buat kali kedua pada majlis berbuka bersama rakan-rakan ku di sekolah teknik dulu.
 |
| Bersama bakal-bakal Ketua Setiausaha, Diplomat dan Pengarah |
 |
| Bersama kawan-kawan GEMS |
 |
| Bersama teman sekerja |
Ramadhan & Aidilfitri kali ini juga bakal mencatat sejarah sebagai Ramadhan dan Aidilfitri terakhir aku sambut sebagai lelaki BUJANG... Ramadhan dan Aidilfitri akan datang, insyaAllah aku akan sambut bersama Isteri tercinta dan jika ada rezeki, mungkin bersama anak sulung yang akan aku sayangi dgn sepenuh hati...
Di sebalik kemeriahan Ramadhan 1433H ini, Aidilfitri 1433H juga kami sekeluarga menyambutnya dgn meriah dan gemilang.. masih tetap melakukan aktiviti wajib tahunan, iaitu berBBQ dan paling penting berfotogediks bersama keluarga...
Namun, di sebalik semua ini, di dalam hatiku masih mengharapkan agar Aidilfitri yang akan datang dapat kami sambut seperti mana tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya... Aku juga mengharapkan agar Abah dan mak aku akan kekal berada di sisi kami pada Aidilfitri yang mendatang.... InsyaAllah~~~
 |
| Gambar formal Aidilfitri |
 |
| Fotogediks di Aidilfitri |
No comments:
Post a Comment