Thursday, September 27, 2012

Fantasi

Bagi yang rajin melayan drama, tak kira la melayu ka cina ka, korea ka, jepun ka, venezuela ka, pasti akan ada dlm sesetengah babak drama tuh kita akan bygkn jikalau watak itu adalah diri kita didunia yg nyata....

Drama kadangkala memberi gambaran yg tidak baik tetapi kebanyakan masa ianya akan buat kita berfantasi...

Kadangkala fantasi itu merosakkan hidup kita dialam yg nyata ini...
Kadangkala pula ia menjadikan hidup kita lebih baik kerana cuba merealisasikan fantasi tersebut...

Seorang kanak-kanak berkemungkinan mampu menyebabkan adiknya terbunuh kerana cuba meniru aksi didalam drama,
Tapi berkemungkinan juga kanak-kanak tersebut bakal menjadi manusia yg penting kerana dr drama melahirkan fantasi, dan dari fantasi melahirkan cita-cita dan jatidiri untuk menjadi manusia hebat...

Tanpa berselindung, aku akui ramai manusia berjaya yg aku kenal mengakui bahawa kejayaan mereka hadir melalui fantasi...
Namun ada juga yg tak sedar bahawa kejayaan mereka dipengaruhi fantasi mereka ketika zaman kecil..

Tapi bg aku, fantasi yg paling sukar direalisasikan adalah fantasi bercinta... Jika kita cuba merealisasikan fantasi cinta di dalam drama, berkemungkinan ianya hanya akan mengeruhkan apa yg sudah terjalin... kerana cinta itu memerlukan keikhlasan dan diri kita yg sebenar-benarnya...

No comments: