Dah lama aku tak menulis dalam blog aku ni... last rasanya bulan June 2012...
Sekarang nih payah sikit nak menulis, tangan makin malas, fikiran makin sibuk memikir, mata makin sibuk merenung kehidupan yang akan datang.
Aku rasa tak terlambat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA!...
Sambutan Raya tahun ini rsnya sama seperti Sambutan Raya sejak hampir 10 tahun kebelakangan ini. Kami beraya hanya bersama adik-beradik, mak, abah dan adala sikit-sikit pergi menjenguk saudara-mara..
Rumah kami masih sepi dr kunjungan saudara-mara.. yang datang pun ramainya adalah kenalan aku serta adik beradik ku... Awal dulu beraya sebegini agak janggal bagi kami, sbb sebelumnya, rumah kami tak putus-putus terima kunjungan saudara-mara dan sahabat-handai sampai tak cukup tangan nak melayan... Namun selepas beberapa tahun abah aku pencen, kunjungan itu makin kurang dan kelama-lamaannya menjadi hilang....
Aku merasai roda-roda kehidupan, sejenak berada di atas, dan sejenak berada di bawah... Keluarga kami tak begitu kaya, dan tidaklah pula miskin... Hidup kami dahulu pernah agak senang dan abahku banyak membantu orang dgn wang dan pangkat yg dia ada. Tambahan pula arwah nenek ku yg ku panggil Tok, juga byk memberi dan membantu saudara-mara yang tak berkemampuan... Ramai terhutang-budi dan ramai yg berjanji manis membalas budi jika hidup mereka senang kelak... Di kala itu juga menjadikan rumah ku kunjungan fevret saudara-mara jauh dan dekat.
Selepas abahku pencen, segalanya sedikit demi sedikit berubah, dan tatkala hidup kami sekeluarga dibelenggu hutang, ramai yg melupakan budi... ramai yang semakin hilang dan tak kurang jugak yg menunjuk megah dan bongkak terhadap kami sekeluarga... Di tatkala itu, aku berasakan hidupku berada pada putaran roda yg paling bawah... Hidup susah dan terkilan Melihat abahku kadangkala dicemuh pada yg pernah menerima budinya dahulu...
Bertahun-tahun kami adik-beradik memendam rasa melihat keluarga kami di rendah-rendahkan dan di perkotak-katikkan.... Kecewa dan dendam memenuhi perasaan...
Dari kekecewaan dan dendam itu, satu-persatu dari ahli keluargaku bangkit menyemai dan menyiram dendam untuk menjadi manusia yang lebih baik dr manusia-manusia yg mencemuh kami sekeluarga... Sifat dendam itu menjadikan kami lebih terpelajar dan matang dalam menilai manusia.
Walaupun kini kami masih belum menggapai putaran roda yang teratas, namun, kami masih mampu bermegah dgn kejayaan kami sendiri... Dendam itu menghilangkan adab terhadap kebanyakan saudara-mara yang hanya tahu bermuka-muka dan menumpang senang.... Abahku juga sudah tidak lagi dibelenggu hutang, malahan pencennya saja sudah naik hampir 100% dr pencennya 14 tahun yang lalu... menjadikan pencen abahku lebih 1000++ dr gaji aku.
Abah dan mak ku pasti berbangga melihat satu persatu anak-anaknya berjaya, ada yang pakar I.T di negara luar, ada yang diplomat, ada yang jurutera, ada bakal journalist, ada bakal pegawai, ada yang meniaga dan lain-lain...
Aku juga sebenarnya turut berbangga dgn apa yang keluarga aku miliki kini setelah bertahun-tahun dibelenggu cemuhan.... walaupun ianya tak sehebat mana... namun aku tetap berbangga....
Aidilfitri 2012 1433H ini, kami meriahkan dgn aktiviti kami sendiri... segala dendam masih terpendam... saudara yang menghampakan, kami lupakan.. kami abaikan... dan kami tinggalkan... kerana kami yakin, akan dtg suatu masa nnti kami kembali berada di puncak putaran paling atas~~ menggapai impian dan kejayaan kami yang unik & tersendiri...
No comments:
Post a Comment