lm x update blog, bukan sebab xde kisah menarik, tapi terlalu byk sgt yg menarik jd kat aku sampaikan aku tak sempat nak update apa-apa...
kalau kat tempat kerja, dah 2 bulan aku takda bos.. dan untuk bulan lepas, aku sorang jek yg tggl untuk urus dan selesaikan kerja-kerja group aku iaitu diemaking group... semua nya sebab bos aku pindah pi department lain, staff aku lak pegi training kat japan, staff yg lain ade dh kena rmpas oleh department yg lain.. 2 lagi senior eng still tak hbs training kat japan... so agak huru hara la gak jadiknya...
aku masih ingt january 2011 di saat pioneer pioneer group aku termasuk aku sgt sgt excited untuk menubuhkan group ni... excited dan eager untuk menghadapi cabaran yg bakal mendatang...
bermula dgn seorg sr. eng, 4 engineer, dan seorg eng. exec bg bhgn development, masing masing komited utk memastikan visi dan misi group ini berjaya...
tapi cabaran yg kami hadapi rs nya terlalu besar buat kami.. bermula dgn tsunami di jepun, seterusnya kemelestan ekonomi jepun, disusuli dgn penukaran top management di syarikat kami bekerja, group kami ini dilihat sbg ancaman untuk syarikat syarikat jepun mendapat projek bg pembuatan stamping dies yg merupakan investment terbesar bg syarikat automotif apabila sesuatu model br dikeluarkan.
akibat dr itu, belum sempat group ini bernafas dgn project utamanya, group ini diarahkn supaya dibubarkn apabila tamat projek pertama yg seharusnya disempurnakan oleh group ini
namun pioneer pioneer group ini tidak lagi berputus asa, arahan tersebut dilihat sbg cbrn untuk memastikan projek pertama tersebut sempurna tanpa cacat cela.. cubaan untuk membuktikan bhw KAMI mampu untuk melaksanakn tugas tersebut.
2 dr engineer di dlm group ini diangkat sebagai sr. eng bg mengetuai bhgn design dan machining data.. seterusnya untuk memastikan bhw visi dan misi group ini tercapai, budget yg ada telah digunakan sebaiknya untuk menghntr dan melatih kedua dua ketua tersebut ke japan selama setahun...
dan sepanjang tempoh ketiadaan kedua dua ketua tersebut, aku diarahkn untuk meyandang jawatan ketua bhgn design dan jwtn ketua machining data disandang oleh ketua bg group ini..
kemasukan 3 engineer br kedalam group ini yg disangka bkl mengukuhkn status group ini rupanya tidak berpanjngan.. tentangan dr top mngmnt mkin hebat dan menyebabkn seorg dr mereka di tarik ke group yg lain... seorg lg pula mendpt peluang lebih baik ditempat lain.. akhirnya yg tinggal hy aku, ketua group dan seorg lg eng. br..
tapi dgn semangat yg ada kami meneruskn juga misi dan visi kami.. kami memastikn projek pertama berjalan lncar..sehingga boleh dianggap berjaya...
namun, pns tak sampai ke petang, akibat tekanan top mngmt yg makin hebat dan pelbagai dasar pelik diperkenalkn, ahli ahli group ini dilihat sebagai lubuk untuk replace tempat staff yg berhenti..
kemuncaknya adalh apabila ketua group ini meninggalkn kami dan menuju ke department lain...
bg yg mahu melihat group ini berjaya, mereka menyuruh aku menyandang jwtn ketua group sehingga 2 lagi ketua
yg lain pulang dr training di jepun pd bulan november nnti...
kehilangan ketua group menjadikn group ini tidak kuat untuk mempertahankan staff yg ada... pada saat ini, yg tinggal hy aku sbg ketua group, seorg eng sbg penyandang ketua machining bersama seorg eng. exec yg masih tidak jelas tugasnya...
pioneer yg msh ada untuk meneruskn visi dan misi group ini buat masa ini hnyalh aku... the last man standing...
aku sendiri tidak pasti selama mn aku mampu bertahan dan mempertahankn visi dan misi yg pernah KAMI banggakan dahulu..
yang pasti, aku bukan org yg mudah melepaskn apa yg aku mulakan.....
aku percaya, walaupun masing masing membawa haluan masing masing dan group ini berkubur satu masa nnti, semangat DIEMAKING akan terus segar dihati semua pioneer... dan jika diberi peluang lagi, aku pasti group ini akan berkembang mahsyur dlm industri automotif ini!.
No comments:
Post a Comment