Aku ada kawan bernama Duka... Duka seorang yang bercita-cita tinggi, berpelajaran tinggi dan professional didalam kerjayanya... Buktinya beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Senior Executive hanya setelah setahun berkhidmat di sebuah syarikat swasta. Namun di sebaliknya kehebatan beliau didalam kerjayanya, beliau senantiasa meluahkan kedukaan melalui taipan (disebut ta-i-pan, bukan Taipan)... Setiap taipan beliau selalu menampakkan kedukaan... Namun bila melihat gelagat dan raut wajahnya, seolah-olah tiada apa yang mendukakan hatinya. Wajahnya diibaratkan seperti 'Poker face', bezanya beliau lebih menyimpan kedukaan dan remuk hatinya disebalik wajah yang girang riang dan perwatakan yang ramah dan menggeletek hati. Dan itu yang sebenarnya membuatkan aku makin bersimpati terhadap dirinya.. Kekasih dirampas rakan serumah, jatuh hati terhadap kekasih rakan sendiri tanpa mampu meluahkan apa2, mendengar ibunya mengadu merindui ayahnya walaupun sudah bercerai dan meniti kehidupan sendirian bersama-sama abang dan adiknya tanpa perhatian dan belaian ibu dan ayah disisi... Aku amat BERSIMPATI...
Kawan aku seterusnya adalah Lara.. Lara tidak sgt ku kenali.. hanya laman sosial dan blog menghubungkan kami.. aku tidak terlalu mengenali dirinya serta mengetahui sejarahnya.. bahkan aku senantiasa membataskan perkenalan ku dgn nya hy sekadar di jalur lebar.... Namun aku banyak mengenali dirinya melalui taipan nya (sekali lagi diingatkan ianya disebut ta-i-pan). Taipan nya lebih mengekpresikan LARA hatinya yang aku percaya disebabkan oleh masalah beliau dengan kekasih yang amat dicintainya... Secara jujur, aku juga tumpang merasakan ke LARA an hatinya... Namun begitu, apa yang mampu aku lakukan hanya memberikan sedikit pandangan dan pendapat.. aku bukan siapa-siapa utk bercakap lebih.. dan aku tiada hak utk menentukan sesuatu utk dirinya.. lebih baik biarkan yang lebih BERHAK menentukan yang terbaik untuk diri LARA...
No comments:
Post a Comment