Tuesday, January 25, 2011

Hidup kau dan Hidup aku, kita berbeza...

"bro! kita dah grad nih.. so pe plan ko pasni?"

'aku of corz nak jadik engineer beb!'

"Ko lak bro?"

'aku ingat jadik lecturer pun sodap gak nih'

'Korang taknak ty aku ke?'

"Okeh ko bro.. pe plan ko?"

'Amik master la beb! elaun ngah sedap skrg nih!'

"Eh beb! ko senyap jek.. pe plan ko pasni?"

'Aku? aku nak bebas! independent! aku nak teruskan perjuangan aku dengan seni aku, jiwa aku, kebebasan aku!!!'


remarks : Setiap org ada cita-cita sendiri... ada impian.. mahukan kebebasan... bebas mengikut kata hati sendiri... Mereka juga mahu mengekpresikan diri dengan cara dan adat yg mereka cipta.. tanpa mengikut telunjuk sesiapa... walau setinggi langit ilmu yg mereka gapai.. namun kemahuan utk bebas mengikut cara mereka sendiri lebih tinggi melebihi apa-apa pun...

Aku melihat teman-teman seangkatan ketika di zaman pengajian dahulu, masing-masing membawa diri mengikut haluan masing-masing, namun lebih ramai yang mengikut kemahuan ibubapa dan orang sekeliling...

Walaupun yg ingin bebas dgn cara sendiri ini nampak seperti tidak punya apa-apa bg org sekeliling.. tapi hakikatnya mereka lebih berjaya dr yang lain-lain.. kerana mereka dapat apa yg mereka MAHUKAN! mereka BEBAS menentukan hidup mereka sendiri! bukan seperti aku yang setiap hari bekerja demi keBEBASAN poket aku sahaja, tapi tidak pada JIWA dan SANUBARI....

Di kala melihat montaj nih, aku semakin kagum dengan 'Dia' ini... semakin kehadapan mengikut kehendak hati sendiri..... Gudluck bro!



2 comments:

AidaN aMoy eTuc said...

owh, perlu belanja saya makan untuk rasa bebas..yeah..

Arif Wahab said...

Okeh bulan 3 nanti k...

hehehe