"Seminggu itu akalnya 7 hari.
Sebulan itu akalnya 30 hari.
Setahun itu akalnya 365 hari.
Dan dalam 365 hari, akan datang hari - hari yang begitu jahat. Kejam. Yang tak mampu kita tentang, tak mampu kita lawan.
Lalu mencabut jiwa - jiwa yang selama ini bebas berligan sesama sendiri. Ini kekejaman yang dahsyat untuk Sang Pencinta yang telah lama menafikan nafsu demi dunia khayalan indah ciptaan bersama Seri Dewi.
Kembali terjelobos dari langit ke tujuh yang penuh dengan kata - kata awangan dan kesetiaan, bergelimpar di tanah bumi.
Lalu Sang Pencinta mengambil papan kayu dan arang, mencatitkan apa yang dilaluinya sebelum naik ke langit dan sepanjang di awangan.
Bermula lah penulisannya.
Dengan jiwa luka".
diambil dari blog zahiriladzim......
Dah 2 hari mungkin lebih aku tak jengah fb.. aku tak jengah blog ni, mahupun blog org lain.. online jek, aku duk jengah cimbengkelik, melihat bil-bil kad kredit aku yg makin lambung2...
Poket dah hampir kosong, gaji lambat lagi nak masuk.. so utk meneruskan kehidupan, hanya gesekan kad di kaunter2 bayaran sahaja yg mampu aku lakukan... aduhhh!
Semalam aku bertandang ke rumah Datuk dan Datin, agak malas nak pegi bila mengingatkan sikap 'kekwat' mereka satu ketika dulu.. tapi demi gelora jiwa yg sgt2 hendak mengetahui apakah hadiah christmass yg dikirimkan oleh bekas abg ipar aku, aku pergi juga ke sana bersama-sama abangku...
Dan yahhh, yang penting, aku terlupa dahulu aku dan abangku adalah lain.. kini aku dan abangku sgt2 berlainan... Dahulu kami hanyalah seorg anak remaja yg tak punya apa-2.. tiada status, tiada cerita2 hebat hendak digebangkan, demi utk membanggakan Datuk dan Datin... Dan semalam, kami menjejakkan kaki kesitu dgn status yg berlainan, berkereta (walaupun sekadar jenama murahan), mempunyai status didalam jabatan kerajaan dan swasta, membawa bersama pengalaman2 dan kejayaan2 yang mampu membanggakan Datuk dan Datin...
Selalunya kami hanya akan duduk di satu sudut dan hanya terdiam menanti persoalan atau tohmahan yg keluar dari mulut Datuk dan Datin, namun semalam, kami rancak bersembang, terutamanya abangku, berkenaan, pengalaman beliau melancong ke luar negara, pekerjaan beliau yang amat2 dibanggakan oleh Datuk dan Datin, dan penghijrahan ku ke negara matahari terbit pada awal April ini... Kelihatan layanan dan riak wajah Datuk dan Datin amat berbeza seumpama ingin mengatakan bahawa 'INILAH ANAK SEDARA KAMI'!!!
Puas ditatang oleh Datuk dan Datin, abangku meminta aku menunaikan janji... lalu kami berkereta ke OU dan terus meluru ke sebuah restoran berciri masakan amerika latin, menurut abgku... Aku penah merasai sajian di restoran tersebut dan aku teramat tidak menyukainya.... Dan semalam umpama aku menjerat diriku kembali... hanya bersandarkan kepada sajian yg dipilih oleh abgku, aku pun makan dengan amat terseksa! aduhhh!!! dan dari saat itu aku kembali mengungkap kata2 peringatakn kepada diriku sendiri supaya jangan pernah menjejakkan kaki ke Chillis lagi nanti.. euuuwwwwwwww!
No comments:
Post a Comment