Thursday, March 1, 2012

When I'm Talking About Politic~

Dah agak lama aku tak menaip aku punya view on political issues.  Nowadays, you are too stupid kalau membenarkan orang lain tahu which side are you in.  It is because, you may possibly being isolated by your friends, neighbor or even your relatives if you are not in the same side with them.

In Malaysia, both political party, BN & PKR, are almost in the same level of power. Both are influential and got many supporters.  But then, actually, what make current political environment getting worst are FANATIC & LUNATIC supporters!

Masing-masing ada pe'el masing-masing.  Yg fanatic government pun ada pe'el sendiri, yg fanatic opposition lak ade keberontakan sendiri. Yang tersepit adalah manusia yg hanya inginkan keseimbangan dan kesejahteraan di dalam negara seperti AKU!

Banyak pengundi sekarang secara tiba-tiba hebat berhujah menggunakan hadis dan firman walaupun tidak pernah menghadiri kelas Usuluddin hatta kelas Fardhu Ain sekalipun.  Ramai yang mencari kesalahan tetapi tidak mahu melihat kebaikan.

Ramai juga yg mengamalkan sunnah dan mencontohi kehidupan Rasulullah tetapi hanya pada rakan-rakan seangkatan dan sefahaman dengan mereka.  Ramai yang suka berkongsi ilmu tetapi juga terhad kepada golongan yg hanya sealiran dengan mereka.

Apabila politik dijadikan BANGSA, jurang perpecahan semakin ketara.

Dan apabila politik dijadikan AGAMA, ramai yg berhujah hadis dan firman, tetapi secara hakikatnya menyalahgunakan keduanya.

Menyatakan pandangan yg bertentangan dgn fahaman mereka umpama DOSA!
Menyatakan pandangan yg sealiran dgn fahaman mereka pula, dijanjikan SYURGA~

Di kala lain, pihak yg tidak beragamakan yg BENAR, hanya ketawa melihat satu-satu bangsa ini diperkotak-katikkan. Ketawa apabila yg hujah hadis dan firman drpd orang yang tidak beriman, disambut dgn sorak riang serta pujian drpd manusia yg mereka sedang belitkan.

Tanpa FANATIC & LUNATIC ini sedari, perpecahan mereka menjadi agenda yg kukuh untuk mereka ini di sesatkan dan di kayu kan oleh pihak yang lain.

AKU geram melihat keBODOHan manusia yang kakinya ringan melangkah ke majlis ilmu berpaksikan POLITIK tetapi berat melangkah ke majlis ilmu berpaksikan ISLAM.

AKU geram mendengar hujah agama drpd orang yang kononnya mahu menegakkan syiar ISLAM tetapi hakikatnya hanya mahu menegakkan syiar POLITIK yg dianutinya.

AKU geram apabila bijak pandai agama hanya pandai menyalahkan dan mengkafirkan ISLAM yang lain kerana KEJAHILAN dalam ucapan mereka tetapi tidak pandai untuk memberi PENERANGAN, PEMAHAMAN dan TUNJUK AJAR yang jelas kepada orang jahil tersebut. Hanya disebabkan AGAMA POLITIK yg dianuti mereka berbeza.

Jika AKU berkata yang salah berkaitan agama, semuanya adalah kerana pembacaan dan pendengaran aku adalah dari sumber yang salah.  Jika AKU memilih jalan kepada agama yang lain, semuanya adalah kerana keTIDAK PRIHATINAN dan keTIDAK HIRAUAN bijak pandai agama ini terhadap cara hidup dan kebajikan AKU.

Jika orang yang tidak beragama itu memilih untuk menganuti agama kristian, bukan salahnya berbuat demikian, salah bijak pandai agama yg tidak mahu mendekati dan menyampaikan hidayah Allah kepadanya.

TETAPI, apabila BIJAK PANDAI agama sendiri sudah menganuti AGAMA POLITIK, dakwah kepada hidayah ALLAH bukan lagik TUJUAN hidupnya, menyebarkan syiar ISLAM bukan lagi minatnya.. Hanya dakwah dan syiar POLITIK sahaja yang tinggal sebagai asbab dia terus melihat dunia~~

No comments: