2011 membuka tirai dengan pelbagai drama di pentas dunia, antara yg menarik perhatian adalah pemberontakan di Mesir, seterusnya di ikuti dgn pemberontakan di beberapa negara-negara Islam yang lain...
Belum pun reda dengan isu2 pemberontakan tersebut, Dunia digemparkan dgn kejadian Gempa di Christchurch, New Zealand yang mengorbankan puluhan nyawa dan mengakibatkan kerosakan harta benda yg agak teruk..
Dan belum pun sempat dunia melupakan kejadian gempa di New Zealand, Tsunami pula melanda di Jepun yg diakibatkan oleh gempa bumi di pinggir laut yang direkodkan sbg gempa bumi terkuat di dunia dgn magnitude setinggi 9.2 skala ritcher... dan kejadian tersebut mengorbankan lebih 10,000 nyawa setakat ini...
Badai yg disangka sudah reda, semakin dahsyat menghempas pantai... Jepun di kejutkan dengan beberapa letupan dan juga kebocoran loji nuklearnya.. rumah2 pula byk yg terbakar di sebabkan oleh kebocoran paip gas memasak... Air + Api + Angin yg membawa unsur radioaktif = bencana yang teruk dan tidak mampu ditandingi dgn teknologi dan kehebatan manusia...
Selepas gegaran yang mengakibatkan tsunami di Sendai, diberitakan terdapat berpuluh-puluh gegaran susulan dgn purata magnitude bersamaan dgn gempa yg melanda Christchurch... Bukan itu saja, kesan dr Tsunami turun mengakibatkan iklim bumi tidak stabil... maka terjadilah hujan lebat dan ribut di merata2 negara sekitarnya... Malah kajian saintifik menunjukkan bahawa keseluruhan kepulaun Jepun telah teralih sejauh 13 kaki melintang menuju ke Benua Amerika dan 2 kaki tenggelam.
Jika sesiapa yg pernah menonton filem 2012, pasti sudah mula fikir apa yang ditayangkan dalam filem tersebut bakal jadi kenyataan.. Namun bagi kita umat Islam, akidah dan iman sahajalah yang akan mengukuhkan pendirian dan pegangan kita ttg pengakhiran dunia....
Dengan situasi dunia yang semakin dramatik... apakah kita sebagai umat Islam sudah bersedia dgn sebarang kemungkinan? renung-renungkan lah....
No comments:
Post a Comment