Wednesday, November 16, 2011

Kalo esok aku kembali berumur 12tahun

Kalo esok aku kembali berumur 12tahun,
Aku nak belajar kasi mantap aku punya UPSR... bagi dapat anugerah pelajar cemerlang!

Kalo esok aku kembali berumur 12tahun,
Aku nak perbaiki tanggapan Cikgu-cikgi aku bahawa masa depan aku takkan hebat pun....

Kalo esok aku kembali berumur 12tahun,
Aku nak asah skill aku dalam pelbagai jenis sukan dan olahraga supaya aku tidak dipanggil BUDAK SKEMA

Kalo esok aku kembali berumur 12tahun,
Aku akan tambah confident level ke tahap boleh menang debat dan pidato dan boleh mengorat awek kat tepi longkang Ipoh Parade supaya aku membesar tanpa penyakit 'INFERIORITY COMPLEX'...

Kalo esok aku kembali berumur 12tahun,
Aku nak belajar main alat muzik supaya aku xsegan nak pegi dan buat jamming dan gig rancak!

Kalo esok aku kembali berumur 12tahun,
Aku mahu jadi lebih kuat dan berani bertumbuk supaya aku yang buli orang, bukan orang buli aku!

Kalolah esok aku kembali berumur 12tahun..........----> mana mungkin terjadi....

*kadangkala kita berfikir untuk diberi peluang kedua untuk mengubah kekurangan dan ketidaksempurnaan diri kita....tapi adakah kita pasti jika diberikan peluang itu, kita akan jadi manusia yang lebih baik dr sekarang? ada jaminan ke?

*kalaupun kita berjaya gile2 setelah mengubah masa silam kita, adakah kejayaan gile2 kita itu menjadikan kita manusia yg lebih baik pada masa sekarang? mungkin kejayaan gile2 itu akan buat kita derhaka pada ibubapa, sombong dan bongkak pada orang sekeliling, menanggung lebih banyak dosa dari perolehan wang yang subhah, mendapat isteri yang sayangkan pada harta kita, bukan pada diri kita.....

*bagi aku, kekurangan dan ketidaksempurnaan aku suatu ketika dahulu telah membesarkan aku sebagai manusia yang lebih bermotivasi dan berdikari.... malah ia juga menjadikan aku seorang yang positif dan bercita-cita tinggi... 

*sungguhpun kita kurang dikenali atau di respek suatu masa dahulu, namun yang lebih penting adalah kita lebih dikenali dan disegani pada masa sekarang...

*kejayaan awal kadangkala buat kita lupa akan kejayaan yang perlu dicapai pada masa hadapan.. tapi kegagalan sentiasa buat kita berusaha untuk tidak gagal lagi pada masa hadapan...

*jika lihat sekeliling kita, kebanyakan kawan-kawan sedarjah kita yang dulu feymes, glemer, pembuli, yg kebanyakan dr nya juga xnak belajar susah2, xmo cari duit susah2, xmo susah2 buat bisnes.. semuanya nak senang jek ... kini mereka lah paling susah.... 
TAPI yang mana kebanyakan dulu susah2 duk belajar, susah2 duk cari duit, susah2 duk buat bisnes pastu lingkup pastu sambung balik... kini mereka lah paling senang....


"bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"... "bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian"

No comments: