Sunday, July 31, 2011

Salam dr Perantauan

Ramadhan menjelang tiba...
Umat Islam kian bergembira...
Mengenangkan betapa mudahnya pahala diterima..
Di dalam bulan Al-Mubarak penuh Barakah...
Alhamdulillah, tahun ini masih ku temui jua....

Aku cuma dapat bygkan betapa meriahnya sambutan menjelang Ramadhan di Malaysia... Aku kini hanya di perantauan.. menghitung detik masa... rsnya tak sabar ingin pulang ke Malaysia.. berpuasa bersama keluarga dan rakan-rakan tercinta...

Pertama kali berpuasa di perantauan, membuatkan otak aku berulang kali mengiang2kan pepatah lama, 'hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, tetapi lebih baik di negeri sendiri'..~~

Perubahan demi perubahan di tanah air yg aku dengari dr rakan2 dan keluarga.. membuatkan hati aku semakin terasa ingin pulang secepat mungkin...

Sesetengah org mungkin boleh duduk walau seribu tahun pun jauh dr tanah air.. tetapi aku tidak.. aku melihat sekeliling seperti tiada apa2 yg bermakna... tiada kenangan2 yg dtg menjelma...

Namun di sebalik kesedihan ini.. aku bersyukur kerana di beri peluang utk merasai semua ini dan diberi peluang utk bertemu Ramadhan ini buat ke sekian kalinya....Alhamdulillah~~~

Selamat berpuasa.. moga Ramadhan tahun ini menjadi lebih bermakna buat anda semua... moga Allah memberikan kekuatan kepadaku dan anda semua dalam meningkatkan ibadah kepada yg maha Esa... InsyaAllah

SALAM RAMADHAN AL_MUBARAK...

Dari Arif Wahab
Tada Eiki, Kawanishi-shi, Osaka Prefecture,
Osaka, Japan

31/7/2011
7:14p.m (waktu Japan)

No comments: