Salam semua,
Khamis,
Lip~Lap~Lip~Lap, dah masuk tahun 2010 dah kita semua. Masa semua berpusu2 meredah jem nak celeb new year, aku n kwn2 aku relek jek lepak makan KFC dekat area umah kitaorg.. then bile malam makin lanjut dan new year hampir tiba.. kami pun pulang kerumah.. lebih selesa dirumah dari bersesak2 tah dimana2 hy utk sambut new year...
Jumaat,
Dalam pukul 3pg, kawan2 lama masa GEMS dulu dtg 'BERBONDONG_BONDONG' (saje nak ayat advance) sampai ke rumah... tanpa melengahkan masa, walaupun ketika itu sedang tidur nyenyak, dek kerna rindu sama KAMOOOO semua, sanggup bangun dan bersiap terus menuju ke Hillpark Pantai Dalam Riang-riang Restoran berjumpa dgn sorang lagi kawan GEMS utk bersupper disana...
Sampai kerumah ketika Imam duk tgh amik wuduk nak azan subuh, dan tidur tak sampai 3jam, dah bangun lagik kita menuju ke KLCC pulak untuk men'havoc'kan majlis reunion ahli GEMS FRT02...
Hepi melihat korang semua, dah bekerja, dah bergaji lebat, dan ade juge yg dah berjerawat lebat. Flash sana sini sudey tentu.. takde manusia dpt halang kita semua dah... fotogediks jek merata2.
Dek nak tunjuk matang dah, maka reunion nih dipenuhi aktiviti berilmiah seperti mengkaji spesis hidupan air di Aquaria dan kemudian menghayati seni Raja Shahriman di Galeri Petronas. Kemudian dek kerna ade yg gune transport awam, maka ade yg dah chow, tapi ada gak yg tak puas2 macam aku, kami pun g ke 'LEMBAHTENGAH' a.k.a MIDVALLEY hanya untuk melayan bowling stylo...
Kajian dah, hayati seni dah, bowling dah, so masa utk dinner lak.. menuju lagi sekali ke Riang-Riang, Pantai Dalam untuk menikmati tomyam yg ...urmmm..delicious.. sile lah cube, mmg tak rugi... berbaloi-baloi bak kata amy.. hehe
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, rasa nak lari2.. so dgn jentera berkuasa vios, menuju pulang ke S.A. dan tidur ketika jam menunjukkan pukul3pg..
Sabtu,
Bangun seawal pukul 6.45pg, bersiap-siap utk mencompletekan tanggungjawab sebagai pekerja dedikasi haishhh, hari sabtu pun kene keje ke? huhu.. Tepat tamat masa bekerja, terus merempit pulang kerumah, dan rancangan hari ini ~~~ ICE SKATING!!!!... menkontek2 rakan2 yang terlibat, seterusnya menfetch mereka di merata tempat, seterusnya menuju ke Sunway Piramid untuk menunaikan tanggungjawab hari tersebut..
Bermula menSKATE ketika jam menunjukkan pukul6.45, tamat menSKATE ketika jam menunjukkan pukul 9.45.. namun masih ada yg tak puas dan terasa masih berSKATE hingga jalan pun nak luncur2... Dalam gumbira, ada cabaran, handbag membe dicuri ketika berSKATE... berhelai baju berbau PARKSON dan bertag CAMEL turut hilang bersama handbag itu..
Jam menunjukkan 10.00pm akhirnya handbag berjaya dijumpai kembali... dgn hati riang ria menuju pula ke Starbucks demi merasai new year limitd ed frapuccino dan latte... beserta cheese cake... dr Starbucks menuju pula ke Asiajaya, demi menfetch adik membe.. sambil menyelam minum air, sambil tunggu layan A&W float and rutbir dulu..
Niat dihati nak bersantap di TUPAI-TUPAI idaman PUDINSEBAN tapi dah tutup pula ketika sampai, maka terus ke KLCC untuk mengturunkan teman, tersangkut dalam jem membosankan di BB, tersesat sehingga ke Jelatek dan Wangsa Maju... namun akhirnya berjaya tiba di 'untuk kesekian kalinya'~~ Riang-Riang Pantai Dalam Hillpark~~ hanya utk menikmati hidangan malam ala supper...
AHAD,
Pukul 1pg di Pantai Dalam, mengkontek rakan2 berdekatan, seterusnya menfetch beliau dan melayan sembang dan makan di Riang-riang terima kasih kepada riang-riang kerana sudi menyediakan tempat makan tengah malam pada kami ,
Ketika tok imam br nak bgn tidor gi azan subuh, kami menuju ke TTDI utk menDrop seorg lagi rakan.. Namun dek kerana tak puas lagi bersembang, sambung bersembang depan gate umah member tersebut.. dan ketika tok imam duk siap2 nak azan, menuju pulang ke Shah Alam dan terus pitam sampai tok imam azan sekali lagi zuhur laa ...
Setelah melayan PES game bola laa , kawan2 GEMS pulang ke Johor semula bersama2 jentera vios ala penguin... dan aku pulak di hadapan laptop ini, menaip entry ini dgn hati berbunga2 dan perasaan puas, mengharapkan aktiviti seperti semalam semalam berterusan hingga ke akhir hayat.... ^_^
TERIMA KASIH KAWAN2!!!.. always appreciate all the time we are together... see you all again.. and luv u all
No comments:
Post a Comment